Khamis, 21 Mac 2019

Tips Belajar MaTeMaTiK

Salam semua,

Hari ini saya nak berkongsi sedikit tips bagaimana untuk meningkat kefahaman pelajar di dalam subjek matematik. Matematik adalah satu subjek yang penting dan wajib diambil oleh semua pelajar samaada di sekolah rendah, menengah, matrikulasi atau di universiti. Malangnya, subjek ini menjadi satu subjek YANG SUKAR dikalangan pelajar-pelajar.

Sepanjang pemerhatian saya mengajar subjek ini, apa yang boleh saya simpulkan adalah kebanyakan pelajar kini amat lemah dalam ASAS MATEMATIK. Bagi subjek pengiraan seperti matematik, teori dan konsep asas dalam sesuatu tajuk amat penting untuk diFAHAMI dengan TEPAT. Teori dan konsep asas ini yang menentukan sama ada pelajar-pelajar akan faham topik yang seterusnya.

Satu TIPS yang boleh saya berkongsi disini adalah pada PERMULAAN sesuatu topik, cuba ringkaskan topik-topik yang akan dipelajari supaya kita mudah melihat kesinambungan pada setiap topik tersebut. KEDUA, setiap topik/sub topik itu, tulis dan ringkaskan semua FORMULA yang digunakan.

Dari DUA langkah diatas, pelajar akan lebih FAHAM dan FOKUS apa yang sebenarnya mereka pelajari di dalam kelas. Ini kerana, kadang-kadang dalam sesuatu topik itu, terdapat banyak konsep dan formula yang perlu DIINGATI. Dengan MERINGKASKAN semua maklumat ini, pelajar akan lebih mudah faham dan juga sebagai rujukan RINGKAS, TEPAT dan CEPAT.

Selain itu, kita juga sering dengar bahawa 'Untuk lebih mahir dalam matematik, latihan yang banyak amatlah PENTING'. Saya tidak menafikan kenyataan ini, TETAPI sekiranya teori dan konsep asas 'lintang pukang' bagaimana pelajar-pelajar dapat membuat banyak latihan yang dapat meningkatkan kefahaman mereka????

Ada juga diantara pelajar yang suka MENGHAFAL. Ini juga satu cara/kaedah yang SALAH dalam pembelajaran dalam matematik. Ini akan saya ulas dalam catatan seterusnya.

Sekiranya anda ada komen yang membina, amatlah dialu-alukan. Wasalam.TQ.

1 ulasan:

  1. Bahan bantuan untuk anak belajar dan mahir matemetik tahun 5&6,.. tq

    BalasPadam