Rabu, 8 April 2009

ReSePi KeJaYaAn

Salam semua,

Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dengan anda semua. Setiap individu inginkan KEJAYAAN sama ada anda seorang pelajar, pekerja, usahawan, ketua atau pengikut yang setia atau siapa pun anda. Yang penting apakah RESEPI kejayaan orang yang berjaya?

Setiap hari, apabila saya masuk mengajar, perkara PERTAMA yang saya buat adalah mengambil kehadiran pelajar saya. Malangnya, hampir setiap hari selama 10 tahun ini, senario yang sama TETAP berlaku walaupun pelajar saya silih berganti setiap semester. APA YANG BERLAKU? Tentu anda tertanya2 kan..........

Mudah saje jawapannya, sama ada kelas saya pagi( 8.00/10.15/11.15) atau petang (2.15/3.15), akan ada segelintir pelajar dan kadang2 hampir satu kelas datang LEWAT walaupun telah BERPULUH2 kali ditegur atau dimarahi.

Apa kesimpulan dari senario diatas? Untuk berjaya kita perlu menghormati DIRI KITA SENDIRI kerana dengan menghormati diri kita sendiri, orang lain juga akan menghormati kita.....

Keduanya, DISPLIN. Itulah resepi KEJAYAAN yang sering dikongsikan oleh individu2 yang berjaya tetapi BERAPA ramai di antara kita yang mengambil berat akannya. FIKIR-Fikir lah.....

Cikgu Cyber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan