Isnin, 4 Mei 2009

Motivasi Diri

Salam semua,

Sudah lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya sibuk sikit sebab sekarang dah hujung semester. Perlu habiskan silibus dan juga siapkan semua tugasan,kuiz dan ujian pelajar sebelum peperiksaan akhir bermula.

Teringat juga nak update blog ini, tp sbb kekeringan idea so biarlah dulu. Dan hari ini, saya akan mulakan satu ruangan MOTIVASI untuk anda semua. Saya akan ambil satu petikan atau kata-kata semangat untuk dikongsi bersama untuk renungan kita bersama dalam menempuh hidup yang penuh mencabar ini.

So, petikan pertama untuk hari ini adalah

" Leaders do not always make the right decisions, but they make their decision right".

Dalam kehidupan seharian, kita selalu membuat keputusan sama ada melibatkan diri, keluarga, rakan, kerja dan sebagainya. Kalau kita imbas kembali masa lalu, tentu kita teringat kita pernah membuat keputusan yang tepat atau kita tersilap dalam membuat keputusan.

Sebenarnya, KEHIDUPAN MASA LALU akan mematangkan kita. Begitu juga kalau keputusan yang kita ambil SALAH atau KURANG TEPAT, ini juga akan membantu kita mengharungi hidup dengan lebih SABAR dan CEKAL.

Sebagai seorang pemimpin, sama ada bagi diri kita, keluarga, rakan atau apa saja, kita perlu memastikan keputusan yang diambil TEPAT dan berdasarkan pertimbangan yang RASIONAL dan KEPENTINGAN BERSAMA.

Salah satu caranya adalah dengan mendengar PENDAPAT ORANG LAIN. Kita sebagai manusia biasa tidak mampu untuk berjaya tanpa bantuan orang lain. Oleh sebab itu, dalam membuat keputusan yang TEPAT, kita perlu merendah diri dan mempertimbangkan pandangan orang lain seperti keluarga, rakan atau sesiapa saja yang boleh berkongsi pendapat.

Ini menepati petikan kita hari ini. Renung-renungkanlah bersama.

Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan