Isnin, 4 Mei 2009

MoTiVAsi KEjAYaAn

Salam,
Petikan motivasi seterusnya adalah

"Our attitude at the beginning of a difficult task will determine it's successful outcome by Wiliam james"

Setiap hari dalam kehidupan kita, seringkali kita berhadapan dengan SITUASI YANG SUKAR. Adakalanya, kita berjaya menghadapinya dan kadangkala kita tersungkur jatuh dan terus jatuh dan tidak lagi mampu untuk BANGUN SEMULA.

Sebenarnya, walau SEHEBAT manapun ujian yang melanda, kita seharusnya BIJAK menanganinya dan sentiasa berfikiran POSITIF. Kegagalan kita dalam satu-satu urusan adalah langkah PERTAMA ke arah kejayaan. Kalau kita membaca kisah kejayaan tokoh-tokoh politik, perniagaan atau jutawan di Malaysia, setiap daripada mereka mempunyai seribu satu kisah KEGAGALAN disebalik kejayaan yang mereka kecapi.

Bertepatan dengan petikan kita hari ini, SIKAP KITA lah yang menentukan kejayaan atau kegagalan kita dalam mencapai impian dan cita-cita yang diingini.

Sikap POSITIF akan terus memacu kita ke arah KEJAYAAN tetapi sikap yang NEGATIF akan melemahkan dan terus menghancurkan PELUANG kejayaan. Fikir-fikirkan lah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan